penulis ini

My photo
batu pahat, johor, Malaysia
"aku boleh diumpamakan seperti melangkah membelah hujan panas.lusuh jiwa tedampar menadah harapan terakhir"

Friday, April 24, 2009

tidur-tidur ayam

Busuk betul aku ni.Malas macam apatah tapi aku bukan pengotor ya kawan-kawan.Nanti bila aku bersolek sakan kau kata aku buang tebiat..hahah.Pernah pula kau nak puas hati dengan apa yang aku ada.

Mukadimah je tu.Aku terbabas tidur hari ni,officemate aku call minta aku datang halfday. Hahahah..sungguh raja aku ini,apa kalau aku tak datang company rugi juta-juta ke? Aku bukan pemegang saham ke,anak menteri yang duit berkepuk-kepuk,aku cuma kuli yang mencari duit sesen dua untuk kelangsungan hidup yang sering aku terbawa-bawa dalam tidur.Oh walaubagaimanapun aku akan tetap bersyukur..

Hei malasnya aku nak mandi,kan seronok jika seharian mengetik papan kekunci ni dari tetingkap keluar duit berkepuk-kepuk.Ya..ya aku juga tergolong dalam kategori mat jenin separuh,apa aja yang boleh membuatkan aku tersenyum saat ini,ya dari hasil angan-angan untuk diri sendiri.Ini kan cerita-cerita tentang aku.Rasanya air dah penuh tu,haruskah aku mandi sekarang ?..ishk dah mandi nanti nak pakai baju apa ya?..hari ni kan hari jumaat,biasanya sinonim dengan baju kurung...tapi aku belum pernah jadikan satu 'tradisi' . Rasanya lebih selesa berpakaian seperti 'aku'.

Tapi aku lapar la.Apa pulak aku nak makan lepas mandi sebelum ke tempat kerja ni?..
atau..
apakata aku 'off' hp sambung tidur balik?..malas aku harini...jom tidur..
hahahha...

1 comment:

-akueMpTy- said...

assalamualaikum...
dah bangun tido? ;)